SEGALA YANG TERDAPAT DALAM BLOG INI ADALAH HAK MILIK UNIT BULETIN MHS

Saturday, November 14, 2009

LAWATAN PASUKAN PENILAIAN PERTANDINGAN PSS CEMERLANG PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 20 Ogos 2009 (Khamis) Pusat Sumber SMK. Tinggi Melaka telah menerima kunjungan lawatan pasukan penilai Pertandingan PSS Cemerlang Peringkat Kebangsaan. Tuan Pengetua, Tuan Hj. Abd. Razak Bin Che Ngah dan dua orang Pegawai BTP Melaka menyambut ketibaan dua orang pelawat tersebut iaitu Dato' Profesor Dr. Raja Abdullah B. Raja Yaacob (UiTM) dan Tuan Hj. Abd. Karim Bin Ahmad (BTP).Para penilai telah dibawa ke pejabat pengetua untuk menandatangani buku pelawat terlebih dahulu sebelum dibawa ke Bilik Profesional untuk menerima taklimat dari tuan pengetua. Sesi taklimat berakhir jam 11.30 pagi dan para penilai dijamu dengan jamuan ringan.

Thursday, November 12, 2009



LAWATAN TAN SRI DATO' WIRA AZIZ BIN TAPA KE PUSAT SUMBER SMK TIGGI MELAKA

Majlis Pelancaran Kem Membaca Satu Malaysia

Pada 30 Oktober hingga 5 November 2009 yang lalu satu majllis pelancaran Kem Membaca Satu Malaysia telah diadakan bertempat di Dewan Besar SMK Tinggi Melaka.Program ini telah diadakan serentak di seluruh negara .Progarm ini telah dirasmikan oleh Yg Berbahagia Tan Sri Dato' Wira Aziz Bin Tapa. Tujuan utama program ini diadakan ialah untuk memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar dan guru.Antara aktiviti yang diadakan ialah program membaca selama 5 minit semasa perhimpunan harian dijalankan.

PELANCARAN PROGRAM MEMBACA SATU MALAYSIA

MAJLIS PELANCARAN KEM MEMBACA SATU MALAYSIA 2009