SEGALA YANG TERDAPAT DALAM BLOG INI ADALAH HAK MILIK UNIT BULETIN MHS

Friday, January 29, 2010

Majlis Perlantikan Pemimpin Pelajar sesi 2010



Jumaat 29 Januari 2010- Satu Majlis Perlantikan Pemimpin Pelajar SMK Tinggi Melaka telah diadakan bertempat di dewan sekolah. Majlis ini telah dirasmikan oleh seorang bekas pelajar sekolah SMK Tinggi Melaka,Profesor Madya Dr Mizan Bin Hitam, pengarah Kampus UiTM cawangan Melaka. Seramai lebih kurang 300 orang pelajar yang terdiri dari barisan pemimpin pelajar sekolah telah dilantik secara rasminya. Antaranya ialah badan pengawas sekolah,majlis pelajr asrama,majlis perwakilan pelajar, pengawas pusat sumber, pembimbing rakan sebaya dan pengawas kantin.

Tuesday, January 26, 2010

Ujian Air Kencing

Selasa 26 Januari 2010- Sempena program pendidikan pencegahan dadah, satu program iaitu ujian air kencing terhadap para pelajar tingkatan 4 dan 5 telah diadakan di dewan sekolah.Para pelajar telah dipilih secara rambang oleh guru disiplin dan di bantu guru tingkatan masing-masing seramai 40 orang. Di akhir program semua pelajar disahkan bebas dari dadah.Para pelajar kemudianya diberi taklimat mengenai penyalahgunaan dadah.

Saturday, January 23, 2010

Majlis Assyura

Ustaz Mohd Shafie Bin Kidam dibantu oleh para pelajar asrama untuk menyediakan bubur asyura

Sabtu 26 Januari 2010 - Sempena sambutan hari Asyura peringkat sekolah, satu ceramah motivasi mengenai teknik belajar secara cemerlang telah disampaikan oleh penceramah jemputan di Dewan SMK Tinggi Melaka. Para pelajar turut disajikan dengan bubur asyura yang disediakan oleh para ustaz dan ustazah serta di bantu oleh para pelajar tingkatan 4 asrama.

Saturday, January 16, 2010

Ribut Di Asrama

Antara kesan yang berlaku apabila ribut melanda Asrama SMK Tinggi Melaka.

Friday, January 8, 2010

TAKLIMAT PSS KEPADA PELAJAR TINGKATAN SATU 2010





Satu taklimat mengenai Pusat Sumber SMK Tinggi Melaka, telah disampaikan oleh Cikgu Azhar bin Rejab semasa minggu orientasi bagi tingkatan satu. Para pelajar telah diberi taklimat mengenai peranan PSS Smk Tinggi Melaka dan kejayaan yang telah dicapai samada di pringkat sekolah mahupun di peringkat negeri.Selain itu mereka juga didedahkan dengan rangkaian PSS yang lain seperti taman sains,bilik agama islam dan pusat siber asrama.

Tuesday, January 5, 2010

Program Orientasi Tingkatan Satu.

Selasa 5 Januari- Pembukaan sesi persekolahan bagi tahun 2010 dimulakan dengan program orientasi bagi tingkatan 1. Program ini berlangsung selama seminggu bermula dari 4 januari hingga 8 januari.Program ini dilaksanakan bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk mengenali alam persekolahan dan mempelajari serba sedikit mengenai latar belakang sekolah SMK Tinggi Melaka, Sekolah Kluster Kecermelangan.Program ini dikendalikan di bawah badan bimbingan dan kaunseling serta turut dibantu beberapa orang pelajar dari pembimbing rakan sebaya,majlis perwakilan pelajar dan badan pengawas sekolah. Sepanjang program ini diadakan para pelajar telah didedahkan dengan peraturan sekolah, etika pemakaian dan juga menyanyikan lagu sekolah. Di akhir program mereka telah membuat persembahan mengikut kumpulan masing-masing.