SEGALA YANG TERDAPAT DALAM BLOG INI ADALAH HAK MILIK UNIT BULETIN MHS

Monday, May 17, 2010

Sambutan Hari Guru

17 Mei 2010- Sambutan hari guru peringkat sekolah telah diadakan di Dewan Besar SMK Tinggi Melaka.Majlis yang disambut saban tahun ini di mulakan dengan perarakan masuk para guru yang dirai. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan video dari Menteri Pelajaran Malaysia seterusnya diikuti oleh ucapan dari tuan pengetua dan upacara memotong kek.Para guru kemudianya disajikan dengan persembahan dari para pelajar. Majlis diteruskan dengan acara perlawanan beberapa permainan antara guru dan pelajar.

Thursday, May 6, 2010

Olahraga Sekolah Kali ke -156.




Khamis, 6 Mei 2010- Kejohanan Olahraga SMK Tinggi Melaka kali ke - 156 telah berlangsung dengan jayanya. Kejohanan yang berlangsung saban tahun ini telah di rasmikan oleh Tn Haji Mohd Nor Bin Abu, Ketua Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka.(bekas pelajar SMK Tinggi Melaka).Kejohanan dimulakan dengan perarakan masuk peserta perbarisan dan lintas hormat dari unit-unit badan berunifom.Tetamu kehormat disambut oleh pasukan Seni Silat Gayong Malaysia yang diketuai oleh Muhammad Ridzuan Bin Zamri dan pasukan kompang sekolah. Bagi acara tarik tali akhir terbuka, telah dimenangi oleh rumah sukan Minto. Dan johan keseluruhan pula telah dimenangi oleh rumah sukan Famosa. Taniah diucapkan kepada rumah pasukan Famosa.

Monday, May 3, 2010

Majlis Pelancaran Bulan Sains Dan Matematik.

Isnin , 3 Mei- Majlis Pelancaran Bulan Sains Dan Matematik telah diadakan bertempat di dewan besar SMK Tinggi Melaka. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Tinggi Melaka ,Tuan Haji Abdul Razak Bin Che Ngah. Bulan sains dan matematik ini berlangsung dari 3 Mei hingga 22 Mei. Bulan sains dan matematik ini akan dipenuhi dengan pelbagai jenis aktiviti yang melibatkan Paniti Sains Dan Matematik.Antara program yang diadakan ialah Lawatan Ke PETRONAS Penapisan. Selain itu, terdapat juga berbagai aktiviti yang diadakan seperti pameran dan pertandingan.