SEGALA YANG TERDAPAT DALAM BLOG INI ADALAH HAK MILIK UNIT BULETIN MHS

Tuesday, April 13, 2010










ISNIN, 22 Februari 2010 - Majlis Pelancaran Memperkasa Nilam dan Pameran Pendidikan kali ke-4 telah diadakan di Dewan SMK. Tinggi Melaka. Majlis di bawah anjuran Pusat Sumber SMKTM bersama Unit Kaunseling. Turut dilancarkan ialah 'Go Green Campaign' yang dianjurkan oleh Stamford College Melaka. Pelancaran dilakukan oleh Tn. Hj. Razali Baharom, Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPM yang mewakili Tuan Hj. Isa Bin Hj. Abu Pengarah Pelajaran Melaka. Kira-kira 20 kolej dan agensi luar turut sama mengadakan pameran. Selain itu, hasilan pelajar juga turut dipamerkan. Berkaitan dengan program Nilam pada tahun 2010, para pelajar ditawarkan hadiah lumayan berupa lap top dan pelbagai hadiah menarik sebagai suatu galakan

Monday, April 12, 2010

Jawatan Kuasa Buletin Kejohanan Padang Dan Balapan MSSMNM - 38

Para pelajar yang terlibat dalam jawatan kuasa buletin, dari kiri Abdul Azim, Dzulikram ,Khairuddin dan Ridzuan.


Para guru dan pelajar dari SMK Tinggi Melaka, sedang sibuk menyiapkan buletin.



Monday, April 5, 2010

Kursus Kepimpinan PSS







Isnin, 5 April 2010- Para Pengawas Pusat Sumber SMK. Tinggi Melaka telah menjalani satu Kursus Asas Pengawas PSS bertempat di Perbadanan Perpustakaan Negeri Melaka (PERPUSTAM) .Program ini bermula dari jam lapan pagi dengan kata-kata aluan daripada Puan Nurul Huda, Ketua Unit Bahagian Pentadbiran Perpustam Negeri Melaka . Selepas itu para pengawas telah diberi kursus mengenai cara untuk memproses buku dan menyimpan rekod buku. Selain itu para pelajar juga diberi taklimat mengenai cara-cara untuk membuat keratan akhbar dan membuat sendiri keratan akhbar mengikut kumpulan masing-masing.Program ini diakhiri dengan ucapan penutup oleh Ketua Pengarah Perpustakaan Negeri Melaka. En. Razali Kudap (PK Hem) turut hadir dalam majlis penutupan bagi mewakili Pengetua.

Friday, April 2, 2010

Rentas Desa





Tn Hj Abd Razak (pengetua) melepaskan pelajar.

Jumaat, 2 April 2010- Sekolah Menegah Kebangsaan Tinggi Melaka ,telah mengadakan aktiviti tahunan merentas desa bagi tahun 2010. Aktiviti yang diadakan saban tahun ini melibatkan para pelajar dari tingkatan satu hingga pelajar tingkatan enam atas. Program bermula dengan pembahagian nombor kepada para pelajar oleh guru rumah sukan masing-masing. Sebelum acara dimulakan,para pelajar telah mengikuti aktiviti memanaskan badan yang dikendalikan oleh para pelajar dari tingkatan enam atas.Para pelajar telah dilepaskan mengikut kategori masing-masing, bermula dengan kelas 1 yang terdiri dari para pelajar lelaki tingkatan 5 dan 6. Para pelajar yang mendapat tempat pertama hingga sepuluh telah menerima pingat masing-masing.