SEGALA YANG TERDAPAT DALAM BLOG INI ADALAH HAK MILIK UNIT BULETIN MHS

Tuesday, February 23, 2010

Latihan Kawad Kebakaran

Selasa, 23 Februari 2010- SMK Tiggi Melaka, bagi menjamin keselamatan para pelajar jika berlaku kebakaran di sekolah, satu latihan Kawad Kecemasan kali -1 bagi tahun 2010 telah diadakan di Padang Sekolah SMK Tinggi Melaka.Program ini diadakan di bawah kelolaan En Micheal John, dan turut dibantu oleh beberapa orang pelajar dari Pasukan Kadet Bomba sekolah. Program ini turut mendapat kerjasama dari beberapa orang pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba Jalan Kubu. Para pelajar turut diberi taklimat mengenai cara-cara menggunakan alat pemadam api yang betul. Beberapa orang pelajar dan guru turut diberi peluang untuk mencuba sendiri memadamkan kebakaran oleh para anggota bomba.

Monday, February 22, 2010

Majlis P elancaran Program Nilam kali ke 4 Tahun 2010

Isnin, 22 Februari 2010 - Bagi memupuk minat membaca dalam kalangan para pelajar dan guru, satu Majlis Perasmian Program Memperkasakan Nilam Dan Pameran Pendidikan Kali - 4 bagi tahun 2010 telah disempurnakan oleh Tuan Haji Isa Bin Abu, Pengarah Pelajaran Melaka.Majlis tersebut yang berlansung di Dewan SMK Tinggi Melaka itu turut dihadiri oleh beberapa buah sekolah di sekitar negeri Melaka. Program yang berlangsung selama 2 minggu ini turut menyediakan Pameran Pendidikan oleh beberapa buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta.

Tuesday, February 9, 2010

Pelancaran Minggu Anti Dadah

Isnin, 9 Februari, 2010- Dewan SMK Tinggi Melaka, satu Majlis Perasmian Program Minggu Anti Dadah telah dilancarkan oleh Program yang diadakan setiap tahun ini telah banyak memberikan pededahan kepada para pelajar dan guru mengenai bahaya penyalahagunaan dadah jenis-jenis dadah yang mudah didapati oleh para pelajar.Program yang diadakan selama seminggu ini turut desertakan dengan beberapa pertandingan yang berkait rapat dengan tema pada tahun in iaitu ' 1 Malaysia Membenci Dadah'.

Saturday, February 6, 2010

Program Semarak Kasih




Sabtu 6 Februari 2010- Dewan Smk Tinggi Melaka, satu program yang bertajuk Semarak Kasih telah diadakan bagi pelajar rancngan khas dari tingkatan 1 hingga 5 bersama ibu bapa masing-masing .Tetamu jemputan bagi menyampaikan ceramah ialah En Ghazali Bin Ahmad. Program ini di akhiri dengan ucapan penutup dan harapan dari Tuan Pengetua Smk Tinggi Melaka.

Tuesday, February 2, 2010

Seminar Rapat Satu Malaysia



Selasa 2 Februari 2010- Malacca International Trade Center (MITC), satu seminar yang bertajuk rapat satu Malaysia telah diadakan bertempat di Dewan Grand Ballroom MITC. Program yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas denagan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka ini bermula dengan cermah yang disampaikan oleh salah seorang Pegawai Khas Di Jabatan Perdana Menteri. Seminar ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Ali Bin Rustam,Ketua Menteri Melaka.Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa orang pelajar dari kolej dan sekitar melaka termasuk Smk Tinggi Melaka.

Monday, February 1, 2010

Ceramah Undang-undang


Isnin 1 Februari 2010- Satu ceramah mengenai masalah disiplin dikalangan pelajar telah disampaikan oleh Chief Inspektor Abu Bakar Bin Ngah, Ketua Unit Kaunseling di Ibu Pejabat Polis Melaka Tengah.Ceramah tersebut telah di sampaikan semasa perhimpunan mingguan bertempat di dewan Smk Tinggi Melaka.Para pelajar telah didedahkan dengan beberapa undang-undang yang berkait rapat dengan peraturan sekolah.Selain itu beliau juga menegaskan supaya para pelajar mempunyai lesen memandu yang sah ketika menggunakan kenderaan persendirian untuk ke sekolah.