SEGALA YANG TERDAPAT DALAM BLOG INI ADALAH HAK MILIK UNIT BULETIN MHS

Saturday, November 12, 2011

Jamuan Akhir Tahun PSS 2011


Sabtu, 12 November 2011 -Majlis Pengawas Pusat Sumber SMKTM telah menganjurkan Majlis Jasamu Dikenang Budimu Dicanang, bagi meraikan perpisahan Pengawas PSS sesi 2010/2011. Majlis ini telah dihadiri oleh seramai 60 orang Pengawas PSS lama dan baru serta semua guru PSS. En. Chong Yoon Choi, PK Pentadbiran SMKTM turut hadir bagi meraikan Pengawas PSS yang akan menamatkan tugas mereka. Beliau berharap agar semua Pengawas PSS akan terus meningkatkan kualiti tugas dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas. Beliau juga berjanji untuk membantu Pengawas PSS dalam meningkatkan motivasi dan kemahiran belajar supaya Pengawas PSS mencapai kecemerlangan yang boleh dibanggakan.

Kursus Profesionalisme Pengawas PSS sesi 2011/2012

Sabtu, 12 November 2011- Pusat Sumber SMKTM telah mengadakan Kursus Profesionalisme Pengawas PSS sesi 2011/2012 di Bilik Tayang Warisan. Kursus berkenaan telah dikendalikan oleh En. Azhar Bin Rejab, GPM yang melibatkan seramai 40 orang Pengawas PSS yang baru. Pengawas PSS berkenaan telah diberi pendedahan mengenai ciri-ciri kepimpinan Pengawas PSS, Koleksi bahan PSS dan Proses Teknik Bahan PSS. Usaha ini secara tidak langsung memantapkan kemahiran dan penampilan Pengawas PSS yang baru