SEGALA YANG TERDAPAT DALAM BLOG INI ADALAH HAK MILIK UNIT BULETIN MHS

Thursday, March 8, 2012

20 MAC 2012 - SMK Tinggi Melaka telah mengadakan aktiviti sukantara yang melibatkan semua pelajar. Aktiviti ini bertujuan untuk mengenalpasti potensi kesemua pela jar. Aktiviti ini dapat menimbulkan semangat kerjasama antara setiap pelajar dalam mengumpul mata untuk memastikan rumah sukan mereka menjadi juara. Aktiviti ini berjalan selama dua hari dan waktu berlangsungnya aktiviti ini dari pukul 8 pagi sehingga 1.20 petang. Antara aktiviti yang dijalankan ialah lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru, larian 400meter dan larian 100 meter.


pelajar-pelajar berkumpul dihadapan astaka pada waktu pagi sebelum ditempatkan ke tempat-tempat tertentu


seorang pelajar dari rumah minto menyertai aktiviti lompat tinggi


aktiviti lompat jauh juga disertai oleh pelajar perempuan

gambar diperolehi dari : Abdul Azim

Wednesday, February 1, 2012


Rabu, 1 Februari 2012 - Sekolah SMK Tinggi Melaka telah mengadakan majlis pelantikan pemimpin pelajar. Antara pemimpin pelajar yang terlibat ialah Pengawas sekolah, Bridget ICT, Pengawas Asrama, Majlis Perwakilan Pelajar dan Pengawas Pusat Sumber itu sendiri. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh tetamu kehormat yang bernama En Mohamad Isa bin Jolan iaitu Ketua Sektor psikologi dan kaunseling Jabatan Pelajaran Melaka.

Thursday, January 19, 2012


Khamis, 19 Jan 2012- Pusat Kegiatan Guru Pdg. Temu telah mengadakan Program Khidmat Bantu Selenggara Komputer di Pusat Sumber SMKTM. Kerja-kerja ini telah diketuai oleh Pn. Zanariah, Penyelaras PKG Pdg. Temu dan dibantu oleh seramai 6 orang Juruteknik Komputer dari sekolah-sekolah berdekatan dan dari PKG Pdg Temu sendiri. Program ini telah berlangsung selama 2 hari iaitu bermula dari 18 hb. Januari dan berakhir pada 19 hb. Januari 2012. Tuan Hj. Abd. Razak Bin Che Ngah, Pengetua SMKTM telah memberikan sijil penghargaan dan cenderamata kepada mereka yang terlibat. Beliau berharap usaha murni ini akan berpanjangan dan menjadi aktiviti yang bermanfaat kepada semua Pusat Sumber di bawah PKG Pdg. Temu.



Saturday, January 14, 2012

Bengkel Teknik Proses Bahan PSS 2012


Sabtu, 14 Jan 2012- Pusat Sumber SMKTM telah mengadakan Bengkel Proses Teknik Bahan Buku yang melibatkan semua Pengawas Pusat Sumber. Bengkel tersebut turut melibatkan En. Azhar Bin Rejab, GPM SMKTM, Pn. Nor Azah Bt. Said, Guru Perpustakaan, En. Abd. Ghani B. Abdullah dan Pn. Hawa Bt. Kechut, pembantu PSS. Tuan Pengetua Tn. Hj. Abd Razak B. Che Ngah turut hadir bersama Pengawas PSS semasa sesi jamuan ringan bersama perserta yang terlibat.Sabtu, 14 Jan 2012- Pusat Sumber SMKTM telah mengadakan Bengkel Proses Teknik Bahan Buku yang melibatkan semua Pengawas Pusat Sumber. Bengkel tersebut turut melibatkan En. Azhar Bin Rejab, GPM SMKTM, Pn. Nor Azah Bt. Said, Guru Perpustakaan, En. Abd. Ghani B. Abdullah dan Pn. Hawa Bt. Kechut, pembantu PSS. Tuan Pengetua Tn. Hj. Abd Razak B. Che Ngah turut hadir bersama Pengawas PSS semasa sesi jamuan ringan bersama perserta yang terlibat.