Sabtu, 12 November 2011 -Majlis Pengawas Pusat Sumber SMKTM telah menganjurkan Majlis Jasamu Dikenang Budimu Dicanang, bagi meraikan perpisahan Pengawas PSS sesi 2010/2011. Majlis ini telah dihadiri oleh seramai 60 orang Pengawas PSS lama dan baru serta semua guru PSS. En. Chong Yoon Choi, PK Pentadbiran SMKTM turut hadir bagi meraikan Pengawas PSS yang akan menamatkan tugas mereka. Beliau berharap agar semua Pengawas PSS akan terus meningkatkan kualiti tugas dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas. Beliau juga berjanji untuk membantu Pengawas PSS dalam meningkatkan motivasi dan kemahiran belajar supaya Pengawas PSS mencapai kecemerlangan yang boleh dibanggakan.
Saturday, November 12, 2011
Kursus Profesionalisme Pengawas PSS sesi 2011/2012
Sabtu, 12 November 2011- Pusat Sumber SMKTM telah mengadakan Kursus Profesionalisme Pengawas PSS sesi 2011/2012 di Bilik Tayang Warisan. Kursus berkenaan telah dikendalikan oleh En. Azhar Bin Rejab, GPM yang melibatkan seramai 40 orang Pengawas PSS yang baru. Pengawas PSS berkenaan telah diberi pendedahan mengenai ciri-ciri kepimpinan Pengawas PSS, Koleksi bahan PSS dan Proses Teknik Bahan PSS. Usaha ini secara tidak langsung memantapkan kemahiran dan penampilan Pengawas PSS yang baru
Monday, February 21, 2011
Program NILAM 2011
PROGRAM MEMPERKASA NILAM, KEMPEN MEMBACA 1 MALAYSIA DAN PAMERAN PENDIDIKAN 2011
Isnin, 21 Februari 2011 - Satu Majlis Pelancaran Program Memperkasa Nilam, Kempen Membaca 1 Malaysia dan Pameran Pendidikan telah diadakan di SMK. Tinggi Melaka. Tetamu khas ialah YB Datuk Hj. Yaakub Bin Md. Amin, Pengerusi JK Negeri Pelajaran, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia. Majlis pelancaran turut dimeriahkan dengan pelancaran Bank Buku MHS, persembahan pelajar dan juga pameran yang melibatkan sebanyak 19 buah IPTS/IPTA dan juga agensi luar seperti Perpustam dan juga Pejabat Pos. Para pelajar juga turut serta membuat pameran hasilan mereka mengikut bidang masing-masing. YB juga turut merasmikan Laluan Gemilang yang telah mula dibina pada tahun 2009.

Wednesday, February 16, 2011
Bengkel Keratan Majalah
Monday, January 24, 2011
Lawatan Ketua Menteri Melaka
Ketua Menteri Berkunjung ke Pusat Sumber SMKTM
Isnin, 24 Januari 2011 - YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Bin Rustam telah berkunjung ke Pusat Sumber untuk menjamu selera selepas mengadakan lawatan ringkas ke HSOBA. Turut bersama beliau ialah YB Datuk Yaakub Bin Md. Amin Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran dan Cik Juliah Leman, Pengarah JPM. Sesungguhnya kehadiran Ketua Menteri ke PSS sesuatu yang amat bermakna.
Friday, July 9, 2010
Kejohanan Ragbi Primier Peringkat Selatan 2010
Pendaftaran para guru dan peserta di asrama SMK Tinggi Melaka.
Pasukan tuan rumah sedang bersiap sedia sebelum perlawanan.
Jumaat , 9 Julai 2010- Kejohanan Ragbi Sekolah-Sekolah Primier Peringkat Selatan Telah diadakan selama dua hari. Kejohanan yang diadakan di SMK Tinggi Melaka ini melibatkan tiga buah sekolah primier peringkat selatan iaitu Sekolah Menegah Dato' Abdul Rahman , Negeri Sembilan, Maktab Sultan Abu Bakar ,Johor dan SMK Tinggi Melaka. Para peserta dan guru telah ditempatkan di asrama SMK Tinggi Melaka.Kejohanan tersebut telah dimenangi oleh pasukan ragbi dari Negeri Sembilan dan naib johan pula pasukan dari Johor manakala tuan rumah hanya berjaya menduduki tempat ketiga.Malam kebudayaan yang telah diadakan di SMK Seri Kota pada hari sabtu dan pasukan tuan rumah telah berjaya mendapat anugerah persembahan terbaik. Majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada para pemenang telah diadakan di Dewan SMK Tinggi Melaka dan disempurnakan oleh Ketua Unit Sukan JPN Melaka.
Friday, June 25, 2010
Perkhemahan Kem Perdana MHS 2010
scrable competition among students .
The students involved in the cooking competition .
Friday, June 25, 2010 - For the first time, SMK Tinggi Melaka had a camp of Prime Stage School for 2010 session . The camp lasted for three days , the field at SMK Tinggi Melaka and accompanied by teachers and students grades 4 and 6 primary . The Council was inaugurated on June 26, 2010 , the Assistant Director JPN Melaka . Among the activities is the competition to install tents , cooking contest , a competition of traditional games and cultural evening . The closing ceremony and presentation of prizes to the winners was presented by His Excellency the Principal of SMK Tinggi Melaka , Tuan Haji Abdul Razak bin Che Ngah .
Subscribe to:
Posts (Atom)