SEGALA YANG TERDAPAT DALAM BLOG INI ADALAH HAK MILIK UNIT BULETIN MHS

Thursday, May 6, 2010

Olahraga Sekolah Kali ke -156.




Khamis, 6 Mei 2010- Kejohanan Olahraga SMK Tinggi Melaka kali ke - 156 telah berlangsung dengan jayanya. Kejohanan yang berlangsung saban tahun ini telah di rasmikan oleh Tn Haji Mohd Nor Bin Abu, Ketua Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka.(bekas pelajar SMK Tinggi Melaka).Kejohanan dimulakan dengan perarakan masuk peserta perbarisan dan lintas hormat dari unit-unit badan berunifom.Tetamu kehormat disambut oleh pasukan Seni Silat Gayong Malaysia yang diketuai oleh Muhammad Ridzuan Bin Zamri dan pasukan kompang sekolah. Bagi acara tarik tali akhir terbuka, telah dimenangi oleh rumah sukan Minto. Dan johan keseluruhan pula telah dimenangi oleh rumah sukan Famosa. Taniah diucapkan kepada rumah pasukan Famosa.

No comments:

Post a Comment